10. Empedocles 430 BC
Punca kematiannya ialah terjun dalam kawah gunung berapi aktif di Mount Etna. Tujuan dia buat begitu untuk menipu pengikut-pengikutnya bahawa apabila dia terjun ke kawah gunung berapi itu, badannya akan hancur terbakar, dan seterusnya akan menjadi tuhan. Tetapi malangnya pengikut-pengikutnya tak terjun ikut dia pun..haha, itu la nk tipu sgt, sia-sia ja hidup.
9. Pyrrhus of Epirus 272 BC
Punca kematiannya ialah dibunuh kerana terkejut ataupun tergamam apabila sekeping jubin dilemparkan padanya oleh seorang makcik tua. Phyrrus ni adalah seorang pahlawan yang hebat. Dia disuruh oleh Raja untuk mengalahkan Sparta. Tapi pahlawan Sparta ni terlalu kuat, kalo nak tgk pahlawan sparta mcm mana, p tgk crita "300 Spartans". Lawan punya lawan, dia kalah. Dalam perjalanan pulang setelah kalah, Phyrrus yang menunggang gajah ni rasa selamat sebab gajah besar dan tinggi n musuh tak dapat capai. Ada pulak seorang makcik tua tak puas hati pasal konflik ni, terus amik jubin, baling kat Phyrrus. Terkejut Phyrrus ni, lalu terjatuh dan tentera musuh mengambil peluang untuk membunuhnya. adehh! nasib nasib..ha ha ha
8. Eleazar Maccabeus 162 BC
Punca kematiannya ialah dibunuh oleh gajah yang telah dibunuhnya (ayat mcm pelik tapi baca sampai habis dulu). Ketika peperangan Beth-zechariah, Eleazer kononnya ternampak raja musuh iaitu King Antiochus V menaiki gajah berhampiran dengannya. Dengan niat nak tunjuk hero, nak bunuh gajah raja dengan raja sekali, Eleazer ni melompat masuk bawah perut gajah, kemudian ditusuknya lembing yang dibawanya tepat ke dalam perut gajah tu. Gajah tu pun hilang kawalan, lalu menghempap tepat ke atas si Eleazer ni. Eleazer mati serta merta di tempat kejadian. Kena hempap dengan gajah beb, bukan 2 3 kilo..haha..tetapi lebih malang lagi, raja musuh tak naik pun gajah tu. Ni mcm silap tengok la ni..ha ha ha
7. Emperor Valerian 260 AD
Punca kematiannya ialah dijadikan kerusi kemudian disiat-siat kulitnya. Valerian dikalahkan di dalam peperangan Edessa. Dia telah dijadikan tawanan perang oleh Raja Parsi iaitu King Shapur I. Untuk memalukan Valerian ini, King Shapur telah mengarahkan Valerian ini menjadi kerusi. Jadi bila Raja Parsi ni nak naik atau turun kuda, si Valerian ni la yang terpaksa jadi kerusi. Lama-lama Raja pun bosan, lalu Raja menyiat-nyiat kulit Valerian ni. Kulitnya itu dicampur dengan najis dan jerami lalu dipamerkan di dalam Persian Temples.
6. Humphrey de Bohun 1322 AD
Humphrey de Bohun adalah seorang ahli jawatankuasa yang aktif di dalam Anglo-Norman family di London. Dia seorang yang hebat dan dia bercakap bagi pihak King Edward II. Dia mengetuai bala tentera di Battle of Boroughbridge. Cerita dia mcm ni, ketika mengetuai peperangan di sebuah jambatan tu. Ada sorang musuh ni, menyelinap masuk bawah jambatan, kemudian dari celah-celah kayu jambatan tu, ditusuk lembingnya ke arah punggug Humphrey ni sehingga ke paras leher. Erk! kena sula secara mengejut la ni...haha
5. King Edward II 1327 AD
Punca kematian dia ni disula jugak! King Edward II ni memerintah England selama 20 tahun (1307-1327). Pada malam 11 Oktober, ketika King ni tengah berehat-rehat nak tidur, dia ditangkap dan diikat oleh orang yang tidak diketahui identitinya. Lalu menggunakan besi besar yang panas dan punggungnya ditusuk masuk. Adoi! erk!
4. Humayun 1556
Punca kematiannya ialah terpijak jubah sendiri kemudian terjatuh ketika menunaikan solat. Humayun adalah seorang Munghal Emperor yang memerintah Afganistan, Pakistan, dan India Utara pada 1530-1540 dan lagi sekali pada 1555-1556. Beliau seorang pencinta Seni dan Astronomi. Selepas keluar dari perpustakaan untuk meminjam buku, Humayun terdengar Azan, lantas beliau pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Ketika mahu rukuk, beliau terpijak jubahnya, lalu beliau pun terjatuh kepalanya terhantuk. Beliau meninggal 3 hari kemudian.
3. Arthur Aston 1649
Punca kematiannya ialah dupukul sehingga mati dengan kaki palsu sendiri. Arthur Aston adalah seorang askar professional. Dia banyak membantu King Charles I dalam English Civil War. Pada September 1644, dia terjatuh dari kuda, lalu menyebab dia terpaksa menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada kayu. Pada 1649, seorang penjahat yang bernama Oliver Cromwell telah menyerang hometown si Arthur ni dan Arthur ditangkap oleh tentera musuh. Penjahat-penjahat ni percaya yang Arthur ni telah menyimpan emas dalam kaki palsu tu. Mereka cabut kaki tu tengok2 tak ada apa2 pun. Mereka bengang lalu memukul Arthur dengan kaki palsu tu sampai mati. Ish3...
2. Julien Offray de La Mettrie 1751
Punca kematiannya adalah terlalu banyak makan. Julien seorang berbangsa Perancis. Dia seorang doktor, akli falsafah dan pengasas sains kognitif. Dia adalah seorang Etheist (tidak beragama) percaya bahawa nafsu (makan,seks,joli,enjoy) perlu digunakan sebaik-baiknya dalam hidup ni. Lalu dia pun mengamalkan cara hidup bebas itu. Dia mati kerana terlalu banyak makan truffel ketika pesta yang dianjurkan leh salah seorang pesakitnya.
1. Bando Mitsugoro VIII 1975
Dia ni mati selepas makan hati ikan buntal. Bando Mitsugoro adalah seorang KABUKI yang terkenal. Kabuki adalah satu tarian/drama yang diiktiraf sebagai harta negara Jepun. Pada 16 Januari, mereka sepakat ramai-ramai keluar makan. Si Bando ni nak tunjuk terer, dia pesan hati ikan buntal. Chef yang memasak pada hari itu telah menasihatinya, tetapi dia keras kepala. Nak cakap banyak pun tak guna, dia makan hati ikan buntal tu dan mati selepas 7 jam. Hati ikan buntal kan penuh dengan toksin.
No comments:
Post a Comment