Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau adalam kumpulan 2-3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ni juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung sendiri. Bertambah seram plak, adesss..Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ni juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung sesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambah rasa takut pengunjung, sistem radio yang terdiri daripada suara teriakan, bunyi langkah kaki dan lain2 yang seram dalam bangunan tu.
Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu tu. adess, sapa la yang sanggup nak masuk rumah hantu cmni? Mangkuk Pinggan pkir 2 3 kali jgk la kalau nak masuk, setakat rumah hantu funfair tak ada masalah, tapi yang ni silap2 boleh trauma dalam tu..haha..jom tgk gambar rumah hantu tu..
amacam?kalo terkencing dalam seluar Mangkuk Pinggan taktau la...haha
No comments:
Post a Comment