Saturday, 8 October 2011

Kematian Unik Yang Pernah Berlaku


1. Diktaktor Meninggal Kerana Viagra

12 Cara cara kematian pelik

Diktator Nigeria, Sani Abacha meninggal di kediamannya, si Abuja meninggal kerana mengalami serangan jantung. Dikatakan meninggal kerana konkluso akibat penganbilan pil viagra yang berlebihan untuk persediaan pesta seks pada tahun 1998.



2. Penunggang Kuda Meninggal Tapi Menang Perlumbaan

22 Cara cara kematian pelik

Frank Hayes, penunggang kuda lumba atau joki, mendapat serangan jantung kerika dalam perlumbaan. Kudanya yang bernama Sweet Kiss, tetap meneruskan perlumbaan dan berjaya memenangi. Frank Hayes menjadi satu-satunya penunggang kuda yang berjaya menjadi juara ketika sudah meninggal (1953).


3. Dibunuh dan Dimakan Oleh Rakan Sekelas

31 Cara cara kematian pelik

Renee Hartevelt berumur 25 tahun berasal dari Belanda yang belajar di Paris, dibunuh dan dimakan oleh rakan sekelas, Issei Sagawa. Kejadian berlaku ketika Issei menjemput Renee makan malam sambil berbincang mengenai sastera. Pembunuh ini dikatakan tidak layak uktuk diadili dan kes tersebut telah dibawa ke Jepun sebelum Issei dibebaskan setelah ditahan lima belas bulan (1981).


4. Putera Mahkota Membunuh Ahli Keluarga

41 Cara cara kematian pelik

Pada 1 Jun, Putera Mahkota Dipendra dari Nepal, marah kerana persengketaan masalah perkahwinan (dan mungkin dalam keadaan mabuk), dikatakan telah mengamuk sewaktu makan malam dan telah menyerang seluruh ahli keluarga kerajaan, termasuk ayahnya sendiri iaitu Raja. Namun kerana sudah menjadi adat dan tradisi Dipendra, walaupun dalam keadaan koma akibat dari kecederaan, beliau dilantik menjadi raja selama tiga hari sebelum meninggal pada tarikh 4 Jun. Beliau diganti ileh sepupunya iaitu anak lelaki dari ayah saudara yang menjadi satu-satunya orang yang terselamat ketika kejadian makan malam berdarah itu (2001).


5. Dilibas Oleh Kipas Helikopter

51 Cara cara kematian pelik

Vic Morrow, seorang pelakon terpenggal kepalanya ketika menjalani penggambaran filem "Twilight Zone: The Movie". Kejadian tersebut telah mengorbankan 3 orang termasuk dua pelakon kanak-kanak Myca Dihn dan Renee Shin-Yi Chen (1982).


6. Kerana Isteri Ketika Perang Dunia Pertama

61 Cara cara kematian pelik

Francois Faber dari Luxembourgean juga adalah pemenang Tour de France, meninggal di dalam sebuah longkang ketika Perang Dunia I. Kejadian itu berlaku kerana beliau telah ditembak secara tidak sengaja ketika beliau menerima satu telegram yang mengatakan isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Posisinya yang terbuka ketika beliau bersorak kegembiraan, menyebabkan beliau secara tidak sengaja teleh ditembak oleh penembak tepat (sniper) Jerman (1915).


7. Ahli Politik Tembak Diri Semasa Siaran Langsung

71 Cara cara kematian pelik

R. Budd Dwyer, seorang ahli politik dari parti Republik, telah membunuh diri ketika siaran langsung dalam rancangan televisyen. Berkemungkinan akan dipenjarakan selama 55 tahun kerana terlibat dalam satu konspirasi, Dwyer telah menembak kepalanya sendiri dengan pistol (1987).


8. Dibunuh Dengan Payung

8 Cara cara kematian pelik

Georgi Markov, seorang dari pihak pembangkang Bulgaria, dibunuh dengan menggunakan racun di London oleh seorang penyerang yang tidak dikenali. Beliau telah ditembak di bahagian kaki dengan menggunakan payung yang telah diubahsuai khas, dimana peluru payung tersebut mengandungi racun yang boleh membunuh.


9. Brandon Lee Dan Peluru Ajaib

9 Cara cara kematian pelik

Brandon Lee, anak lelaki Bruce Lee, tertembak oleh salah sorang pelakon secara tidak sengaja dengan menggunakan senapang jenis 44 Mahnum ketika sedang menjalankan penggambaran filem The Crow. Adegan yang sepatutnya penembak menembak dengan kotak peluru yang kosong, namun, tanpa pengetahuan kru filem, senjata api teknikal itu didapati mengandingi sebutir peluru hidup yang telah diisi ke dalam senjata itu.


10. Menelan Pencungkil Gigi Di Pesta

10 Cara cara kematian pelik

Sherwood Anderson, seorang penulis, telah tertelan pencungkil gigi dalam satu pesta dan kemudiannya telah meninggal dunia akibat kompilasi dalaman pencungkil gigi tersebut.


11. Pedang Foil Tertikan Di Mata

111 Cara cara kematian pelik

Vladimir Smirnov, juara Olimpik dalam acara lawan pedang, meninggal kerana kerosakan otak selama 9 hari setelah pedang foil pihak lawannya menembusi bola mata dan terus ke otak ketika dalam pertandingan (1982).


12. Jack Daniel's Mati Setelah Menendang

121 Cara cara kematian pelik

Jack Daniel, pengusaha pembuatan wiski Tennessee terkenal, meninggal kerana keracunan darah akibat kecederaan di kaki yang dialami setelah menendang kerana marah sebab tidak dapat mengingati kod monbinasi (1911).


13. Terbelit Rantai Kereta Ketika Memandu

13 Cara cara kematian pelik

J. G. Parry-Thomas, seorang pelumba dari Inggeris, dibelit oleh rantai kenderaan yang memasuki kokpitnya ketika sedang memandu. Kejadian berlaku ketika beliau sedang mencuba untuk memecahkan rekod kalajuan miliknya sendiri. Kejadian ini dianggap luar biasa, walaupun meninggal tetapi beliau masih berjaya mencipta rekod baru dengan kelajuan 171 mph (+/- 275 km/j). (1927).


14. Tanpa Air di Gurun Libya

14 Cara cara kematian pelik

Seorang USAAF, pemandu pesawat mengebom B-24 kehilangan arah dan mendarat di padang pasir Libya. Mayat pemandu yang meninggal akibat ketiadaan air itu hanya dijumpai pada tahun 1960 iaitu 17 tahun selepas dilaporkan hilang (1943).


15. Lagu Yang Terakhir

15 Cara cara kematian pelik

Leonard Warren seorang artis terkenal mendapat kemalangan di sebuah pentas di New York Metropolitan Opera setelah pengsan ketika menjayakan "La Forza del Destino" yang bermaksud Kekuatan Dari Takdir. (1960)


16. Appllo 1 Membunuh Pelatih

 Cara cara kematian pelik

Satu kilat telah memancar dan menyambar kapal angkasa Apollo dan telah mengakibatkan kematian semua para pelatih yang ada di dalamnya sebelum pelancaran ketika menjalani latihan. (1967).


17. Perdana Menteri Tidak Pandai Berenang

17 Cara cara kematian pelik\

Harold Holt, yang memegang jawatan Perdana Menteri Australia, hilang ketika berenang di sebuah pantai di Melbourne. Mayatnya tidak dijumpai sehinggga sekarang. (1967.


18. "Apakah Saya Membosankan Anda, Mr Rodale?"

18 Cara cara kematian pelik

Jerome Irving Rodale, warganegara Amerika, ialah seorang perintis pertanian organik, meninggal kerapa mendapat serangan jantung ketika sedang diwawancara dalam rancangan Dick Cavett Show. Ketika beliau mula jatuh tertidur, Cavett, iaitu pengacara rancangan tersebut menyindir " Apakah saya membosankan anda, Mr Rodale?". Bagaimanapun akibat kejadian tersebut, rancangan itu tidak pernah disiarkan. (1971).


19. Dalam Rancangan Live News

19 Cara cara kematian pelik

Christina Chubbuck, seorang wartawan berita televisyen Amerika Syarikat telah membunuh diri pada tarikh 15 Julai pada pukul 9:38 pagi, iaitu setelah 8 minit dalam rancangan talk show, di WXL-TV Sarasota, Florida. Ketika dalam rancangan tersebut, dia telah mengeluarkan pistol dan menembak dirinya sendiri di kepala. (1974).


20. Ahli Gusti WWF Dan Gelanggang

20 Cara cara kematian pelik

Owen Hart, WWF (skrg ni WWE) seorang ahli gusti meninggal setelah jatuh pada ketinggian 78 kaki ketika diturunkan ke dalam gelanggang menggunakan kabel dari atas gelanggang. Ketika kejadian, dia telah dirancangkan untuk memenangi Kejuaraan WWF Intercontinental pada malam itu. (1999).


21. Bukan Sebahagian Aksinya ka?

211 Cara cara kematian pelik

Tommy Cooper, ahli silap mata terkenal di Inggeris, meninggal di atas pentas di Her Majesty's Theater ketika siaran langsung acara rutinnya. Ketika Kejadian, sebahagian besar para penonton dan pembantunya percaya yang itu adalah salah satu dari aksi pertunjukkannya (1984).


22. "Sayang Sekali Anda Dapat Hidup Begitu Lama"

221 Cara cara kematian pelik

Richard Versalle mendapat serangan jantung di sebuah pentas di New York Metropolitan Opera ketika menyampaikan basiran dialog yang berbunyi "Sayang sekali anda dapat hidup begitu lama" ketika melakukan pertunjukan The Makropulos Case. Richard menjadi orang kedua meninggal di atas pentas ini setelah Leonard Warred (1996).

 : BAGAIMANA PULA KITA? ADAKAH CARA MATI DALAM CARA BAIK ATAUPUN SEBALIKNYA??

No comments:

Post a Comment